Monday, 5 February 2018

INVOIS


Dokumen.........................



  • Dokumen yamg memberitahu pembeli tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kepada pembekal.
  • Invois disediakan dalam 3 salinan yang berbeza warna iaitu putih, kuning dan merah :
    - 1 salinan asal kepada pembeli.
    - 2 salinan yang selebihnya digunakan oleh penjual sebagai rujukan.


Kitaran Akaun


Sebagai seorang peniaga atau usahawan, seharusnya memahami serba ringkas kitaran Akaun. Ini dapat menjadikan kita lebih memahami apa yang berlaku dalam perniagaan atau syarikat kita.
Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku dama satu tempoh perakaunan di mana ianya bermula daripada mengelas, merekod dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini dilakukan mengikut turutan secara tertib dan sistematik.

Peringkat 1 - Dokumen Sumber / Perniagaan
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam buku perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.

Peringkat 2 - Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.

Peringkat 3 - Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun-akaun di dalam lejar.

Peingkat 4 - Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun ke dalam lejar dan kreditkan dalam Imbangan Duga.

Peringkat 5 - Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun sekiranya ada.

Peringkat 6 - Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dilakukan, Imbangan Duga akan disediakan semula.

Peringakt 7 - Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.

Peringkat 8 - Catatan Penutupan
Dibuat setelah penyata kewangan siap disediakan.

Saturday, 3 February 2018

Apa itu simpankira (Bookeeping)?


Satu sistem merekod semua urusniaga perniagaan yang melibatkan wang dengan tepat dan sistematik dalam buku akaun yang betul berdasarkan sistem catatan bergu. Ini bertujuan untuk mengkelas atau mengasingkan, merekod dan ringkaskan dokumen mengikut prinsip yang betul. Semasa proses ini, semua dokumen perlu difailkan dan direkod mengikut prinsip akaun yang betul iaitu Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik (modal), Hasil, dan Belanja.


Selain itu, ia juga bertujuan membuktikan semua urusniaga telah berlaku.
Ia juga bagi menyediakan maklumat-maklumat berikut
semua rekod pendapatan
semua rekod perbelanjaan
Penghutang dan jumlah hutang
Pemiutang dan jumlah hutang

Apa itu perakaunan?

Perakaunan

Menurut wikipedia

Perakaunan (Bahasa Inggeris: Accounting) adalah siri aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan; seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya.

Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.

Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.

Perakaunan boleh di rumuskan sebagai satu proses

mengenalpasti dan mengelas,

merekod,

mentafsir,

menganalisis,

bagi melaporkan maklumat kewangan kegiatan perniagaan yang telah di jalankan