Thursday 30 November 2017

BAB 2 : Kesalahan Asas Peniaga

BAB 1 : Asas Akaun Orang Bisnes

Pengenalan


Akaun merupakan salah satu cabang penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap peniaga atau usahawan yang menjalankan pernigaan atau membuka syarikat. Ianya tidak harus diambil remeh oleh setiap usahawan mahupun peniaga yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecikan.

Terdapat 6 elemen penting yang perlu diteliti dalam pengurusan perniagaan.  6 elemen ini  wajib berfungsi dalam satu organisasi perniagaan atau syarikat. Setiap pergerakan dalam bisnes mesti direkod dan disusun bagi memudahkan pemilik bisnes merancang perkembangan bisnes.

6 bahagian yang dimaksudkan ialah

Pengurusan / Admin
Sumber Manusia / HR
Kewangan
Operasi
Jualan
Pemasaran / Marketing 

Dengan mengatur 6 eleman ini perniagaan / syarikat yang dijalankan akan lebih tersusun dan sistematik.

Akaun merupakan cabang dari kewangan yang sangat penting untuk dijaga dan dikawalselia agar lebih tersusun. Perkara ini akan lebih dapat membantu pemilik perniagaan mengetahui kedudukan pernigaan setiap tahun.