Monday, 5 February 2018
PENYATA BANK
DOKUMEN......................................................
- Penyata bulanan yang dihantar oleh pihak bank kepada pelanggannya.
- Setiap transaksi kewangan yang direkodkan berserta tarikh setiap transaksi yang dilakukan.
- Penyata bank amat berguna kepada perniaga terutama bagi pemegang akaun semasa.
BIL UTILITI
DOKUMEN.....................................................
- Belanja - belanja utiliti seperti air , elektrik , telefon , internet , astro dan sebagainya yang mana iainya digunakan untuk perniagaan.
- Semua bil - bil ini perlu direkodkan di dalam buku perakaunan.
- Perlu difailkan untuk tujuan perekodan.
NOTA DEBIT
DOKUMEN..............................
- Nota debit merupakan dokumen yang digunakan untuk menambah hutang pembeli kerana mungkin invois yang dihantar terkurang catat.
- Nota debit disediakan oleh penjual dan dihantar kepada pembeli.
- Penjual menyimpan dokumen salinan dan pembeli menyimpan dokumen asal.
NOTA KREDIT
DOKUMEN ...........................................
- Nota kredit merupakan dokumen yang dihantar oleh pembekal kepada pembeli untuk menguruskan hutang pembeli.
- Dokumen untuk mencatat permulangan barang - barang yang dibekalkan oleh pembekal.
RESIT
Dokumen .............
- Resit ialah dokumen yang menunjukkan bahawa sesuatu urusniaga itu telah taman atau pembayaran telah diterima.
- Resit hanya akan dikeluarkan apabila penerimaan tunai atau cek diperolehi.
- Resit terbahagi kepada 2 iaitu :-
- Resit rasmi.
- Resit sementara.
BAUCER PEMBAYARAN
Dokumen.................
- Sebagai kawalan bagi memastikan setiap pembayaran adalah seperti belian yang dibuat.
- Maklumat yang perlu ada di dalam baucer pembayaran ialah :-
- Amaun / Jumlah.
- Nama.
- Alamat pembekal.
INVOIS
Dokumen.........................
- Dokumen yamg memberitahu pembeli tentang jumlah bayaran yang perlu dijelaskan kepada pembekal.
- Invois disediakan dalam 3 salinan yang berbeza warna iaitu putih, kuning dan merah :
- 1 salinan asal kepada pembeli.
- 2 salinan yang selebihnya digunakan oleh penjual sebagai rujukan.
Kitaran Akaun
Kitaran Perakaunan merupakan urutan tatacara perakaunan yang berlaku
dama satu tempoh perakaunan di mana ianya bermula daripada mengelas,
merekod dan meringkaskan maklumat. Peringkat-peringkat kitaran ini
dilakukan mengikut turutan secara tertib dan sistematik.
Peringkat 1 - Dokumen Sumber / Perniagaan
Merekod urusniaga perniagaan ke dalam buku perniagaan seperti invois, nota kredit, resit, baucar dan sebagainya.
Peringkat 2 - Buku Catatan Pertama
Merekod maklumat daripada dokumen-dokumen perniagaan ke dalam Buku
Catatan Pertama seperti Jurnal Am, Jurnal Jualan, Jurnal Belian, Jurnal
Pulangan Jualan, Jurnal Pulangan Belian dan Buku Tunai.
Peringkat 3 - Pengeposan ke Lejar
Memindahkan catatan daripada Buku Catatan Pertama ke dalam akaun-akaun di dalam lejar.
Peingkat 4 - Penyediaan Imbangan Duga
Mengimbangkan semua akaun-akaun ke dalam lejar dan kreditkan dalam Imbangan Duga.
Peringkat 5 - Pelarasan
Membuat pelarasan pada akaun sekiranya ada.
Peringkat 6 - Imbangan Duga Terlaras
Selepas pelarasan dilakukan, Imbangan Duga akan disediakan semula.
Peringakt 7 - Penyediaan Penyata Kewangan
Penyata Kewangan terdiri daripada Penyata Pendapatan dan Kunci Kira-kira.
Peringkat 8 - Catatan Penutupan
Dibuat setelah penyata kewangan siap disediakan.
Saturday, 3 February 2018
Apa itu simpankira (Bookeeping)?
Satu sistem merekod semua urusniaga perniagaan yang melibatkan wang dengan tepat dan sistematik dalam buku akaun yang betul berdasarkan sistem catatan bergu. Ini bertujuan untuk mengkelas atau mengasingkan, merekod dan ringkaskan dokumen mengikut prinsip yang betul. Semasa proses ini, semua dokumen perlu difailkan dan direkod mengikut prinsip akaun yang betul iaitu Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik (modal), Hasil, dan Belanja.
Selain itu, ia juga bertujuan membuktikan semua urusniaga telah berlaku.
Ia juga bagi menyediakan maklumat-maklumat berikut
semua rekod pendapatan
semua rekod perbelanjaan
Penghutang dan jumlah hutang
Pemiutang dan jumlah hutang
Apa itu perakaunan?
Perakaunan
Menurut wikipedia
Perakaunan (Bahasa Inggeris: Accounting) adalah siri aktiviti penyampaian maklumat kewangan sesebuah entiti perniagaan kepada pengguna berkepentingan seperti pemegang saham dan pengurus. Secara umumnya, komunikasi ini dilakukan dalam bentuk penyata kewangan yang memperincikan sumber-sumber ekonomi dalam unit matawang yang berada di bawah kawalan pengurusan; seni berkenaan terletak pada pemilihan maklumat yang berkaitan dengan pengguna dan kebolehpercayaannya.
Perakaunan merupakan satu cabang Sains matematik yang berguna didalam mencari punca kejayaan dan kegagalan di dalam perniagaan.Prinsip-prinsip perakaunan diaplikasi di dalam entiti perniagaan dalam tiga bahagian seni gunaan, dinamakan perakaunan, simpan kira, dan pengauditan.
Perakaunan atau prinsip akaun merupakan pengukuran, pendedahan atau peruntukan kepastian mengenai maklumat yang membantu pengurus dan orang lain yang membuat keputusan perniagaan bagi membuat keputusan mengenai peruntukan sumber. Perakaunan kewangan ialah salah satu cabang perakaunan yang asas kerana melibatkan proses-proses yang mana maklumat kewangan mengenai suatu perniagaan direkod, dikelas, dirumus, ditafsir dan dihubungkan.
Perakaunan boleh di rumuskan sebagai satu proses
mengenalpasti dan mengelas,
merekod,
mentafsir,
menganalisis,
bagi melaporkan maklumat kewangan kegiatan perniagaan yang telah di jalankan

Thursday, 1 February 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)